USHA

aku yang pakai baju melayu kat tengah-tangah tu. muke childish gila. haha
Halo-halo semua, cuba tengok tajuk kat atas ni, agak-agak korang aku usha apa sebenarnya?
usha awek ka, usha movie ka atau apa? haha. saja je aku nak berteka-teki dengan korang. aku sebenarnya usha gambar-gambar lama la, gambar zaman sekolah dlu, pergh, rindu gila aku masa zaman sekolah dulu, banyak gila kenangan, tak kesah la kenangan manis ke, kenangan pahit ke asalkan ada kenangan kan, daripada hidup kosong tanpa kenangan pape tak best pulak kan.

Sebelum ni aku memang ingat hidup aku sebelum ni membosan je, aku rasa macam kosong je, tapi lepas habis sekolah dan dah nak masuk Universiti ni baru la rasa betapa indahnya kehidupan aku sebelum ni. Banyak dengan adegan-adegan nakal kat sekolah, suka usik-usik kawan ape sume. kalau nak cerita pasal nakal ni, aku memang nakal gila kot ,aku pernah kenakan kawan aku (zahir) suruh dia minum air aku tanpa kena mulot, so apa yang pelik aku suruh buat camtu kan, sebenarnya air yang aku tak kasi kene mulot tu air panas, kat cawan memang tak rase panas pape, tapi lepas air tu masuk mulot dia, mengelupuh dia , abes mulot melecur sikit kot. hahahaha .. jahat kan aku.

Kalau cerita pasal bercinta pulak, aku dulu start couple time dah habis PMR, masa tu saja nak test rasa couple ni camne, tak pernah couple la katakan sebelum tu. Tapi hubungan kiteorang tak lama pon, berapa bulan je bertahan, lagipon aku memang takde feel kat dia tu, kiranya first couple tu bukan first love aku la. CINTA dan COUPLE memang sesuatu yang berbeza. Aku jumpa first love aku masa aku meng"confirm"kan sorang perempuan ni, aku usha-usha gambar awek tu ape sume comment2 gambar dia last2 bertukar nombor telefon, aku dah tertarik ngan dia ni pas tengok gambar dia, aku rasa lain, aku memang rasa nak betul-betul kenal dengan dia ni, cinta pandang pertama la kot. nak dipendekkan cerita, sampai sekarang aku masih suka dan cintakan awek yang aku tangkap cintan tu, tapi biasa la, cinta ni banyak conflict , selalu gadoh dengan dia, tapi aku sayang die sangat2.

skip
cerita pasal cinta kita sambung topik balik, dalam aku usha-usha gambar lama ni, aku usha gak gambar2 lama si F, ada satu gambar ni memang buat aku tersengih sampai telinga la, muka dia berkerut makan limau memang kelakar dan comel.. hahaha. aku tros save gambar tu kat PC aku, gambar tu aku usha kat FB dia sebenarnya. ermm. oke la, kalau nak cerita semua memang tak larat korang baca, aku tau tu. hehehe
ni pon dah banyak aku skip cerita, kalau cerita semua tak muat pulak nanti. aku pon malas nak taip dah sebenarnya. \(^_^)/
si F yang pakai baju belang2 tu, comel kan, bagi aku dia comel la.
bagi korang aku tak tau.. pape pon die mmg cute . :D


thanx la sebab baca blog aku yang tak seberapa ni ye. Insha Allah kalau aku ada masa lagi, aku post benda lain pulak ye.. bhai semua. :D

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

Tentang Diriku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers