Jom kenali lelaki melalui warna


Harini aku nak share ngan korang cara nak kenal lelaki melalui warna kegemaran dorang, kepada awek2 kat luar sane tu cbe tanye pakwe2 korang, die suke warne ape dan cube cek dekat sini. Aku ttbe nak share bende ni pon sebab warna kesukaan aku memang kene dengan perwatakan yang tertulis kat sini.
Jadi Jom kenali rahsia lelaki melalui warna kegemaran mereka. Harus diingat, ini sekadar panduan, jangan percaya sangat. Kalau betul tu kebetulan, kalau salah tu memang wajar sebab kita manusia, hanya mampu meramal tetapi Allah yang sebenar-benarnya maha mengetahui.

LELAKI DAN WARNA



  1. Ungu

    Dia seorang yang kuat memburu kejayaan. Pemikirannya lebih banyak positif daripada negatif. Oleh itu jangan terlalu curiga kalau dia berjauhan dengan anda. Mindanya lebih banyak untuk kecemerlangan daripada kegatalan.

  2. Biru Tua

    Dia seorang yang rajin dan amat berdedikasi. Rangsanglah dia untuk cemerlang dalam kerjayanya. Terlampau mencurigainya akan membuatkan dia bosan dan marah.

  3. Merah

    Dia seorang yang berani, bersemangat dan tidak ada istilah gagal dalam hidupnya. Usah dicabar emosinya, nanti dia berani berbuat sesuatu yang tidak terduga oleh anda.

  4. Hijau

    Dia seorang yang tenang dan tidak banyak kerenah. Namun dia seorang yang kuat cemburu tetapi romantik serta baik hati. Dia juga gagal mengawal perasaannya jika terlalu kerap digoda. Usah cepat mencurigainya. Kadang-kadang dia hanya suka-suka tetapi hatinya tetap pada anda.

  5. Kuning

    Dia seorang yang ceria. Dia sentiasa berbaik sangka dan tidak suka bergaduh. Jangan buatkan dia marah sebab jika dia marah rasa cintanya turut pergi. Anda perlu tahan hati dan perasaan ketika berurusan dengannya kerana sikap cerianya itu mengundang cinta di hati orang lain.

  6. Hitam

    Dia seorang yang amat protokol, tetapi emosional dan mudah menangis. Dia tidak suka dicurigai kerana biasanya dia seorang yang jujur.

  7. Coklat

    Dia seorang yang matang dan bertanggungjawab.

  8. Putih

    Dia seorang yang amanah. Tak usah menyakitkan hatinya selalu kerana semulajadinya dia seorang yang boleh diharap dan penyayang.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

Tentang Diriku

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers